Tuesday, December 25, 2012

167. Pelbagai penggunaan 'most'

Pelbagai penggunaan 'most'

Perkataan Inggeris 'most' boleh digunakan dalam beberapa cara dan mempunyai makna yang agak berbeza setiap satunya.

1. 'Most' biasanya bermakna kebanyakan, sebahagian besar.
2. 'Most of' boleh bermakna kebanyakan daripada.
3. 'The most' boleh bermakna yang paling.
4. 'The most' boleh bermakna paling.



1. 'Most' biasanya bermakna kebanyakan, sebahagian besar

EnglishMelayu
Most students have gone homeKebanyakan pelajar sudah pulang ke rumah
Most people think I'm crazyKebanyakan orang fikir saya gila-gila
I was in London most summerSaya berada di London pada sebahagian besar musim panas
Most partKebanyakan bahagian
Most car accidents happen because drivers aren't paying attentionKebanyakan kemalangan kereta berlaku kerana pemandu tidak memberi perhatian

2. 'Most of' boleh bermakna kebanyakan daripada, sebahagian besar daripada

EnglishMelayu
Most of the students have gone homeKebanyakan daripada pelajar sudah pulang ke rumah
Most of the villagersKebanyakan daripada penduduk kampung
Most of my lifeSebahagian besar daripada hidup saya
Most of his timeSebahagian besar daripada masanya
Most of the hostilityKebanyakan daripada penentangan

3. 'The most' boleh bermakna yang paling

EnglishMelayu
The most popular singerPenyanyi yang paling terkenal
The most beautiful girlGadis yang paling cantik
The most difficult decisionKeputusan yang paling sukar
The most appealing thingPerkara yang paling menarik perhatian
The most modern appliancePeralatan yang paling moden

Catitan :

- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'yang' boleh disenyapkan dan tidak akan mengubah maksud.

4. 'The most' boleh bermakna paling

EnglishMelayu
This cake I like the mostSaya paling suka kek ini
Most importantPaling mustahak
Most likelyPaling berkemungkinan, kemungkinan besar
That question trouble me mostSoalan itu paling menyusahkan saya
Most attractivePaling menarik

No comments: