Dalam bahasa Inggeris, ada perkataan-perkataan khusus yang digunakan untuk menyatakan bahawa sesuatu sifat atau perangai itu sedang ditunjukkan, pada masa sekarang. Contohnya Ali berkata kepada Ahmad 'saya sedang berlaku jujur dengan awak'.
Perkataan-perkataan itu ialah :
'Am being.
'Is being.
'Are being.
'Am being' digunakan bagi objek 'I' dan masa 'present tense'.
'Is being' digunakan bagi objek 'singular' dan masa 'present tense'.
'Are being' digunakan bagi objek 'you, plural' dan masa 'present tense'.
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'am being' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'is being' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'are being' + ('non-verb').
Sifat kata adalah satu jenis 'non-verb'.
1. Struktur : (Objek) + 'am being' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am being' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Bezanya 'am being' dengan 'am' dalam hal sifat, sifat dan perangai ialah 'am' menunjukkan kelaziman. Contohnya jika kita berkata 'I am honest with you', ini menyatakan bahawa kita lazimnya dan sentiasa jujur dengan dia. Jika kita berkata 'I am being honest with you', ini menyatakan bahawa kita sedang berlaku jujur dengan dia.
'Am being' digunakan bagi :
1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sekarang - sifat sedang ditunjukkan sekarang).
English | Melayu |
I am being honest with you | Saya (sedang) jujur dengan awak (sekarang ini) |
I am being angry with him | Saya (sedang) marah dengan dia (sekarang ini) |
I am being happy with them | Saya (sedang) gembira dengan mereka (sekarang ini) |
I am being sad over what happened | Saya (sedang) sedih (sekarang ini) dengan apa yang telah berlaku |
Catitan :
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' biasa disenyapkan, tetapi dalam bahasa Inggeris perkataan 'am/is/are/was/were being' tidak boleh disenyapkan.
2. Struktur : (Objek) + 'is being' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is being' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
'Is being' digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sekarang - sifat sedang ditunjukkan sekarang).
Bezanya 'is being' dengan 'is' dalam hal sifat, sifat dan perangai ialah 'is' menunjukkan kelaziman. Contohnya jika kita berkata 'he is honest with her', ini menyatakan bahawa dia lazimnya dan sentiasa jujur.
English | Melayu |
He is being generous today | Dia (sedang) sedang murah hati hari ini |
He is being helpful | Dia (sedang) banyak menolong (sekarang ini) |
She is being greedy | Dia (sedang) bersikap tamak (sekarang ini) |
It is being dirty | Ia (sedang) dalam keadaan kotor (sekarang ini) |
Ahmad is being grateful | Ahmad (sedang) merasa bersyukur (sekarang ini) |
The cat is being fierce | Kucing itu berlaku garang (sekarang ini) |
Catitan :
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' biasa disenyapkan, tetapi dalam bahasa Inggeris perkataan 'am/is/are/was/were being' tidak boleh disenyapkan.
3. Struktur : (Objek) + 'are being' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are being' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
'Are being' digunakan bagi :
1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (sedang ujud sekarang - sifat sedang ditunjukkan sekarang).
Bezanya 'are being' dengan 'are' dalam hal sifat, sifat dan perangai ialah 'are' menunjukkan kelaziman. Contohnya jika kita berkata 'they are harsh with her', ini menyatakan bahawa mereka lazimnya dan sentiasa kasar dengan dia. Jika kita berkata 'they are being harsh with her', ini menyatakan bahawa mereka sedang berlaku kasar dengan dia.
English | Melayu |
They are being too noisy | Mereka (sedang) terlalu bising (sekarang ini) |
You are being naughty | Awak (sedang) berlaku nakal (sekarang ini) |
We are being humble | Kami (sedang) merendah diri |
They are being rowdy | Mereka (sedang) berlaku kasar |
The teachers are being nice | Guru-guru itu (sedang) berlaku baik |
Catitan :
- Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sedang' kadang-kadang disenyapkan, tetapi dalam bahasa Inggeris perkataan 'am/is/are/was/were being' tidak boleh disenyapkan.
Ringkasan
Perkataan | Struktur | Objek | Masa |
Am being | (Objek) + am being + (non-verb) | I | Present Continuous tense |
Is being | (Objek) + is being + (non-verb) | Singular | Present Continuous tense |
Are being | (Objek) + are being + (non-verb) | You, plural | Present Continuous tense |
No comments:
Post a Comment