Berikut ialah beberapa perkataan/ayat Inggeris yang biasa digunakan untuk membuat 'tegahan' atau 'larangan' :
1. 'Don't'.
2. 'Please don't'.
3. 'Never'.
4. 'Never ever'.
1. 'Don't'
'Don't' bermakna jangan.
'Don't' adalah ringkasan bagi 'do not'.
Perkataan 'don't' digunakan bagi :
1. Objek : Semua.
2. Masa : 'Present tense' (larangan itu bagi masa sekarang).
English | Melayu |
Don't do it Do not do it | Jangan buat Jangan buat hal itu Jangan lakukannya |
Don't steal Do not steal | Jangan mencuri |
Don't sleep | Jangan tidur |
Don't eat | Jangan makan |
Don't drink | Jangan minum |
Perhatian :
- 'Don't' juga boleh bermakna tidak.
2. 'Please don't'
'Please don't' bermakna tolong jangan.
Perkataan 'don't' digunakan bagi :
1. Objek : Semua.
2. Masa : 'Present tense' (larangan itu bagi masa sekarang).
English | Melayu |
Please don't disturb Please do not disturb | Tolong jangan ganggu |
Please don't make noise | Tolong jangan buat bising |
Please don't tell | Tolong jangan beritahu |
Please don't go | Tolong jangan pergi |
Please don't jump | Tolong jangan lompat |
Perhatian :
- Perkataan 'please' menjadikan bahasanya lebih lembut. Perkataan 'please' bermakna 'tolong'.
3. 'Never'
'Never' bermakna jangan pernah.
Perkataan 'never' digunakan bagi :
1. Objek : Semua.
2. Masa : 'Present tense' (larangan itu bagi masa sekarang).
English | Melayu |
Never stop trying | Jangan pernah berhenti mencuba |
Never drink and drive | Jangan pernah minum dan memandu |
Never fear the future | Jangan pernah takut dengan masa depan |
Never tell lies | Jangan pernah bercakap bohong |
Never leave me alone | Jangan pernah tinggalkan saya sendirian |
Perhatian :
- 'Never' juga boleh bermakna tidak pernah.
4. 'Never ever'
'Never ever' bermakna jangan sekali-kali.
Perkataan 'don't' digunakan bagi :
1. Objek : Semua.
2. Masa : 'Present tense' (larangan itu bagi masa sekarang).
English | Melayu |
Never ever talk to me like that again | Jangan sekali-kali bercakap dengan saya macam tu lagi |
Never ever drink and drive | Jangan sekali-kali minum dan memandu |
Never ever treat your sister like that | Jangan sekali-kali perlakukan adik awak macam tu |
Perhatian :
- Perkataan-perkataan 'don't, please don't, never, never ever' tidak semestinya digunakan di permulaan ayat. Ia biasa juga di gunakan di pertengahan atau hujung ayat.
No comments:
Post a Comment