1. (Objek) + 'shall' + ('verb').
2. (Objek) + 'shall' + 'be' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'shall' + 'be' + ('past participle').
4. (Objek) + 'shall' + 'be' + ('gerund').
5. (Objek) + 'shall' + 'have' + ('non-verb').
6. (Objek) + 'shall' + 'have' + 'been' + ('non-verb').
7. (Objek) + 'shall' + 'have' + 'been' + ('past participle').
8. (Objek) + 'should' + ('verb').
9. (Objek) + 'should' + 'be' + ('non-verb').
10.(Objek) + 'should' + 'be' + ('past participle').
11.(Objek) + 'should' + 'be' + ('gerund').
12.(Objek) + 'should' + 'have' + ('past participle').
13.(Objek) + 'should' + 'have' + 'been' + ('past participle').
14.(Objek) + 'should' + 'have' + 'been' + ('non-verb').
1. Struktur : (Objek) + 'shall' + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'shall' diikuti 'verb' tertentu.
'Shall' bermakna akan (will) atau sepatutnya atau mesti.
'Shall' digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). Perkataan 'shall' digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (keadaan sepatutnya itu ujud pada masa sekarang). Apabila 'shall' digunakan, ia menunjukkan 'Present tense'.
English | Melayu |
I shall go | Saya sepatutnya pergi (lalu saya pun pergi) |
You shall ask him | Awak sepatutnya tanya dia |
You shall do as you are told | Awak sepatutnya buat seperti apa yang diberitahu (arahan yang tegas) |
They shall give one month's notice | Mereka sepatutnya beri notis satu bulan |
He shall become our next leader | dia sepatutnya jadi pemimpin kita seterusnya |
Perhatian :
- 'Verb' dieja dalam bentuk 'infinitive'.
2. Struktur : (Objek) + 'shall' + 'be' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'shall' diikuti perkataan 'be' diikuti 'non-verb' tertentu.
'Shall be' digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). Perkataan 'shall' digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (keadaan sepatutnya itu ujud pada masa sekarang). Apabila 'shall' digunakan, ia menunjukkan 'Present tense'.
English | Melayu | |
We shall be there when you arrive | Kami sepatutnya berada di sana bila awak sampai | |
You shall be careful in handling the knife | Awak sepatutnya berhati-hati semasa mengendali pisau | |
I shall be brave | Saya sepatutnya berani | |
We shall be content | Kita sepatutnya berpuashati | |
The government shall be liable | Kerajaan sepatutnya bertanggungjawab | |
We shall be silent | Kita sepatutnya berdiam diri | |
I shall be in London tomorrow | Saya akan berada di London besok (begitu yakin) | (disini 'shall be' bermaksud 'sepatutnya berada' |
You shall be sorry for this | Awak akan menyesal dengan perkara ini | |
Tomorrow shall be my happy day | Esok akan merupakan hari gembira buat saya | |
All shall be well | Semuanya akan baik-baik saja | |
We shall be victorious | Kita akan berjaya | |
I have been and always shall be your friend | Saya sudah dan akan terus jadi kawan awak | |
The meeting of the council shall be public | Mesyuarat majlis sepatutnya terbuka kepada orang awam |
3. Struktur : (Objek) + 'shall' + 'be' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'shall' diikuti perkataan 'be' diikuti 'past participle' tertentu.
Kombinasi 'be' + ('past participle')' bermakna 'di(pasif)'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Shall' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (keadaan sepatutnya di(pasif) itu ujud pada masa sekarang). Apabila 'shall' digunakan, ia menunjukkan 'Present tense'.
English | Melayu |
It shall be done | Ia sepatutnya dibuat |
Knowledge shall be encouraged | Ilmu pengetahuan sepatutnts digalakkan |
Multiple users shall be added with different email addresses | Pengguna bertindih sepatutnya ditambah dengan alamat emel yang berbeza |
The right of the people to keep arms shall be upheld | Hak rakyat untuk menyimpan senjata seharusnya dipatuhi |
You shall be judged by the panel members | Anda akan dihakimi oleh ahli-ahli panel |
Excessive bail shall be required, and cruel and unusual punishments inflicted | Wang jaminan yang melampau sepatutnya diminta, dan juga pengenaaan hukuman yang kejam dan luar biasa |
He shall be replaced by someone from head office | Dia sepatutnya diganti dengan seseorang dari ibu pejabat |
Ask and you will be answered | Tanyalah dan anda sepatutnya diberi jawapan |
No one should be subjected to torture | Tiada seorang pun yang sepatutnya tertakluk kepada penderaan |
Payment shall be made 30 days from receipt of invoice | Bayaran sepatutnya dibuat 30 hari selepas inbois diterima |
Military cooperation of Ukraine and NATO shall be assessed by the Alliance | Kerjasama tentera antara Ukraine and NATO sepatutnya dinilai oleh negara sekutu |
Listen and you shall be heard | Mendengarlah dan anda sepatutnys didengari |
4. Struktur : (Objek) + 'shall' + 'be' + ('gerund')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'shall' diikuti perkataan 'be' diikuti 'gerund' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Shall' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Present tense' - Sekarang (keadaan sepatutnya itu ujud pada masa sekarang). Apabila 'shall' digunakan, ia menunjukkan 'Present tense'.
English | Melayu |
We shall be landing in Kota Kinabalu in 15 minutes | Kita akan mendarat di Kota Kinabalu dalam masa 15 minit |
I shall be leaving at noon | Saya akan bertolak pada waktu tengahari |
The supplement is a food we shall be taking 3 times a day | Makanan tambahan itu harus diambil 3 kali sehari |
I shall be singing for you through the night | Saya akan menyanyi untuk awak sepanjang malam ini |
I shall be working hard to catch up as we have fallen behind | Kita mesti bekerja keras kerana kita telah ketinggalan |
I shall be walking in the park when the game is over | Saya akan sudah berjalan-jalan di taman bila sukan tamat |
I shall be posting some new articles soon | Saya akan menulis beberapa artikel baru tidak berapa lama lagi |
5. Struktur : (Objek) + 'shall' + 'have' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'shall' diikuti perkataan 'have' diikuti 'non-verb' tertentu.
'Shall have' bermakna 'sepatutnya ada'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Shall' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Present tense' (Sekarang - keadaan sepatutnya ada itu ujud pada masa sekarang). Apabila 'shall' digunakan, ia menunjukkan 'Present tense'.
English | Melayu |
All shall have vaccines | Semua orang harus mendapat ubat pelali |
You shall have your money | Awak akan dapat duit awak |
I shall have some peace there | Saya akan dapat ketenangan di sana |
Buyers shall have the right to return fake goods | Para pembeli harus ada hak untuk memulangkan barang palsu |
Each state shall have one representative | Setiap negeri akan mempunyai seorang wakil |
Cities shall have bike lanes | Bandaraya-bandaraya patut ada lorong basikal |
We shall have to wait a little longer | Kita harus menunggu lebih lama sedikit |
6. Struktur : (Objek) + 'shall' + 'have' + 'been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'shall' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti 'non-verb' tertentu.
'Shall have been' bermakna 'sepatutnya sudah'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Shall' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh sekarang - keadaan sepatutnya ada itu ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Apabila 'shall have been' digunakan, ia menunjukkan 'Present Perfect tense'.
English | Melayu |
The candidate shall have been in professional practice for at least 10 years | Calon mestilah seorang yang sudah mengamalkan profesi selama sekurang-kurangnya 10 tahun |
7. Struktur : (Objek) + 'shall' + 'have' + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'shall' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti 'past participle' tertentu.
'Shall have been' + ('past participle') bermakna 'sepatutnya sudah di...'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Shall' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh sekarang - keadaan sepatutnya ada itu ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Apabila 'shall have been' digunakan, ia menunjukkan 'Present Perfect tense'.
English | Melayu |
The Agreement shall have been terminated in accordance with its terms | Perjanjian seharusnya telah ditamatkan mengikut terma-termanya |
To proof that notification shall have been sent in due time shall be the date of postmark | Bukti bahawa pemberitahuan telah dihantar dalam waktunya ialah tarikh pengeposan |
Each motion for the Meeting shall have been submitted in writing to the Secretary | Setiap cadangan untuk mesyuarat mesti dihantar secara bertulis kepada setiausaha |
Every bank to which this Article shall have been made applicable by the Central Bank shall maintain not less than a certain amount of liquid assets | Setiap bank yang diarahkan oleh bank pusat supaya tertakluk kepada artikel ini mesti mempunyai aset tidak kurang dari satu jumlah tertentu |
8. Struktur : (Objek) + 'should' + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'should' diikuti 'verb' tertentu.
'Should' boleh diterjemah sebagai harus dan biasanya digunakan dalam memberi nasihat atau memberi pandangan (yang tidak serius).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Should' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - keadaan sepatutnya ada itu ujud pada masa dahulu). Apabila 'should' digunakan, ia menunjukkan 'Past tense'.
English | Melayu |
You should speak to him about it | Awak harus bercakap dengannya tentang hal itu |
He should see a doctor | Dia seharusnya berjumpa doktor |
We should ask a lawyer | Kita harus bertanya peguam |
He should resign now | Dia harus berhenti sekarang |
They should do something about this | Mereka harus berbuat sesuatu tentang hal ini |
I think they should replace him | Saya fikir mereka harus gantikan dia |
Do you think we should tell her ? | Adakah awak fikir kita harus beritahu dia ? |
Catitan :
- Perhatikan 'verb' dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- Bagi sesetengah 'pakar', 'should' bukanlah 'past tense' bagi 'shall'.
9. Struktur : (Objek) + 'should' + 'be' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'should' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
'Should be' bermaksud lebihkurang 'seharusnya menjadi'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Should' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - keadaan sepatutnya ada itu ujud pada masa dahulu). Apabila 'should' digunakan, ia menunjukkan 'Past tense'.
English | Melayu |
Books should be free | Buku-buku seharusnya percuma |
Mr X should be the next President of the country | En X seharusnya menjadi Prsiden yang akan datang bagi negara itu |
Why SEO should be important for you | Mengapa SEO seharusnya penting bagi kamu |
What should be the husband's role in marriage | Apa seharusnya peranan suami dalam rumahtangga |
There should be no age limit as to when to stop learning | Seharusnya tiada had umur bila kita mahu berhenti belajar |
You should be able to get rich in America | Awak seharusnya boleh jadi kaya di Amerika |
Catitan :
- Perkataan 'be' boleh diikuti perkataan 'non-verb' tertentu tetapi tidak boleh diikuti perkataan 'verb' tertentu.
10. Struktur : (Objek) + 'should' + 'be' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'should' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Kombinasi 'be + ('past participle')' bermaksud lebihkurang 'di(pasif)'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Should' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - keadaan sepatutnya ada itu ujud pada masa dahulu). Apabila 'should' digunakan, ia menunjukkan 'Past tense'.
English | Melayu |
Sugar should be controlled like tobacco and alcohol | Gula patut dikawal seperti tembakau dan minuman keras |
Our politicians should be called to account | Ahli-ahli politik kita mesti dipanggil untuk memberi keterangan |
College tuition should be regulated | Tusyen sekolah harus dikawal oleh undang-undang |
Sale of human organs should be legalised, say surgeons | Penjualan organ manusia patut dibenarkan, kata pakar-pakar bedah |
Discover malaysia as it should be | Jelajahi Malaysia seperti yang sepatutnya |
All forms of gambling should be banned | Semua bentuk perjudian mesti diharamkan |
Catitan :
- Perkataan 'be' boleh diikuti perkataan 'past participle' tertentu untuk membentuk satu bentuk pasif. Perkataan 'be' tidak boleh diikuti perkataan 'verb' tertentu.
11. Struktur : (Objek) + 'should' + 'be' + ('gerund')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'should' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan ('gerund') tertentu.
Kombinasi 'be + ('gerund')' bermaksud lebihkurang 'menjadi (nama perbuatan)'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Should' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - keadaan sepatutnya ada itu ujud pada masa dahulu). Apabila 'should' digunakan, ia menunjukkan 'Past tense'.
English | Melayu |
Two companies that you should be paying attention to are A and K | Dua syarikat yang awak patut beri perhatian ialah A dan K |
100 Women Bloggers You Should Be Reading | 100 Pemblog wanita yang anda harus baca |
We should be specializing in semiconductors | Kita seharusnya memberi perhatian kepada 'semiconductors' |
I really should be going home | Saya benar-benar sepatutnya balik ke rumah |
we should be encouraging our children to learn math | Kita patut menggalakkan anak-anak kita mempelajari matematik |
You should be reading under bright light | Awak sepatutnya membaca dibawah cahaya terang |
there are HTML5 features you should be using right now | Terdapat ciri-ciri HTML5 yang anda patut gunakan mulai sekarang |
Catitan :
- Perkataan 'be' boleh diikuti perkataan 'gerund' tertentu. Perkataan 'be' tidak boleh diikuti perkataan 'verb' tertentu.
12. Struktur : (Objek) + 'should' + 'have' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'should' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Kombinasi 'should have' + ('past participle')' bermakna sepatutnya sudah.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Should' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu - keadaan sepatutnya ada itu ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Apabila kombinasi 'have + ('past participle')' digunakan, ia menunjukkan 'Present Perfect tense'.
English | Melayu |
I should have let her know what was happening but I forgot | Saya sepatutnya telah beritahu dia apa telah berlaku tapi saya lupa |
He should have sent everybody a reminder by email but he didn't | Dia sepatutnya sudah hantar setiap orang emel peringatan tapi dia tak lakukan |
They should have remembered that their guests don't eat pork | Mereka sepatutnya telah ingat bahawa tetamu mereka tidak makan daging khinzir |
She should have got the letter this morning | Dia sepatutnya sudah dapat surat itu pagi tadi |
He should have arrived at his office by now | Dia sepatutnya sudah sampai dipejabatnya sekarang |
She should have apologised | Dia sepatutnya telah memohon maaf |
Catitan :
- Kombinasi 'have + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense'.
13. Struktur : (Objek) + 'should' + 'have' + 'been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'should' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Kombinasi 'have' + 'been' + ('past participle')' bermakna sudah di(pasif).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Should' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - keadaan sepatutnya ada itu ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Apabila kombinasi 'have + been + ('past participle')' digunakan, ia menunjukkan 'Present Perfect tense' (bentuk pasif).
English | Melayu |
What we should have been taught in our senior year of high school | Apa yang kita sepatutnya sudah diajar dalam tahun-tahun akhir sekolah tinggi |
What should have been done on Israel ? | Apa yang sepatutnya telah dibuat keatas Israel ? |
Catitan :
- Kombinasi 'have + been + ('past participle') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (bentuk pasif).
14. Struktur : (Objek) + 'should' + 'have' + 'been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'should' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Kombinasi 'have' + 'been' + ('non-verb')' bermakna sudah di(bukan perbuatan).
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural'). 'Should' boleh digunakan oleh semua objek.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Tempoh masa sekarang - keadaan sepatutnya ada itu ujud pada masa dahulu hingga sekarang). Apabila kombinasi 'have + been + ('non-verb')' digunakan, ia menunjukkan 'Present Perfect tense' (bentuk aktif).
English | Melayu |
I should have been there | Saya sepatutnya sudah berada disana |
They should have been here by 10 | Mereka sepatutnya sudah berada disini pada pukul 10 |
Abu should have been in the team when names were announced | Abu sepatutnya sudah berada dalam pasukan bila nama-nama diumumkan |
I should have been a Blogger | Saya sepatutnya sudah menjadi seorang penulis Blog |
It should have been me | Ia sepatutnya adalah saya |
Catitan :
- Kombinasi 'have + been + ('non-verb') menunjukkan tempoh masa 'Present Perfect tense' (bentuk aktif).
2 comments:
tq..banyak membantu saya saya utk baikki my grammar
Sangat membantu..tq
Post a Comment